::YuK::

::YuK::

Monday, January 5, 2009

Kuasa Kemaafan

Aku penah fikir bahawa memaafkan bererti kite harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kite.. dan memaafkan adalah sesuatu yang kite lakukan tuk orang lain.. btol ke camtu..? of coz la bukan.. actually memaafkan bukan sahaja ditujukan tuk orang lain tetapi tuk diri kite sendirik.. hanya orang kuat mampu memaafkan orang lain dan diri sendirik.. seperti kata Mahatma Ghandi : "The weak can never forgive.. Forgiveness is the attribute of the strong"

aku sebenar nye selalu marah.. walaupon sebenar nye sesuatu yang berlaku itu bukanlah benar-benar menyakitkan aku.. aku akui aku ni seorang yang panas baran.. tapi pas aku dah relaks n cool.. aku bley memaafkan orang tu tapi sedikit sebanyak meninggalkan kesan dlm jiwa aku..

“Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.”

(Dr. ‘Aidh Bin Abdullah al-Qarni)

No comments: