::YuK::

::YuK::

Monday, January 12, 2009

Matang @ Matured

Apakah definisi matang..? setengah2 orang tidak mengendahkan sangat persoalan matang ni.. sebab tidak ada kepentingan pon.. tapi hakikat nye ramai yang tak sedar hal ini adalah antara fokus yang jarang digunakan sebagai penanda aras sebaliknya hanya akan diberi perhatian apabila berlaku perkara yg buruk..

Apakah definisi matang dalam erti kata korang..? adakah orang yang mencanangkan diri mereka itu matang berperilaku baik..? dan adakah emosi juga terlibat dalam persoalan matang ini..? apakah benar kematangan itu dapat dilihat mengikut peringkat umur..? apakah seorang yang sudah berkahwin itu boleh dikira matang walaupun perangai nye masih keanak-anakan..? bolehkah kite panggil seorang itu matang jika dia bercakap dengan lantang dan langcang tanpa menghiraukan perasaan orang sekeliling..?

Kamus Dewan: Matang bermaksud punya pengalaman,sudah sempurna (fikirannya),menunjukkan kesempurnaan dan kedewasaan pemikiran..

p/s: post ini aku tujukan buat seseorang yang cukup bangga dengan dirinya kerana dia menganggap dia sudah cukup matang @ matured dengan sikap n perangai nya..

No comments: