::YuK::

::YuK::

Saturday, December 6, 2008

Saje2

1. Name one person who made you laugh last night? tak ada siapa
2. What were you doing at 0800? baru nak mandi
3. What were you doing 30 minutes ago? hup date facebook n frenster
4. What happened to you in 2006? tak ingat daa
5. What was the last thing you said out loud? Abg Long..jangan la kaco adik.. (marah kat anak buah aku yang suke kaco adik die tido)
6. How many beverages did you have today? 1 mase breakfast tadik
7. What color is your hairbrush? orange
8. What was the last thing you paid for? breakfast
9. Where were you last night? at home la..bace novel..merenung ke langit memikirkan kehidupan aku
10. What color is your front door? brown
11. Where do you keep your change? dalam poket
12. What's the weather like today? ujan..tak lebat cam semalam la..
13. What's the best ice-cream flavor? of coz la chocolate
14. What excites you? ape2 je yg extreme n cool
15. Do you want to cut your hair? tak nak lagi la wat mase nih..
16. Are you over the age of 25? nope
17. Do you talk a lot? Depends... with whom I'm talking.
18. Do you watch the O.C? nope..tak suke
19. Do you know anyone named Steven? yep..one of my high school frens
20. Do you make up your own words? yep
21. Are you a jealous person? depends
22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'. AL
23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'. Kak Long
24. Who's the first person on your received call list? Shah
25. What does the last text message you received say? "dik, jom maen bowling"-Msg from my big bro
27. Do you have curly hair? curly?hahaha..no la
28. Where's the next place you're going to? maen bowling kot jap lagi(cuti2 camni tak taw nak wat ape)
29. Who's the rudest person in your life? tak berbaloi pon sebot name orang tu
30. What was the last thing you ate? nasi dagang (breakfast tadik)
31. Will you get married in the future? Insyaallah
32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks? Tak tengok pon..
33. Is there anyone you like right now? hmmmm..I think yess
34. When was the last time you did dishes? malam tadik..
35. Are you currently depressed? Nope..
36. Did you cry today? Nope..
37. Why did you answer and post this? sbab suke la..kalo tak suke aku tak jawab

Kata mereka..

Setiap orang dalam dunia ni ada berbagai-bagai sikap dan sifat. Kadang-kadang kita rasa kita jenis orang yang begini, kadang-kadang pula, kita rasa kita jenis orang yang begitu. Kadang-kadang kita rasa kita dah buat baik pada orang. Kadang-kadang pula, kita rasa dah buat jahat pada orang. Kadang-kadang, orang suka bila kita buat baik. Kadang-kadang juga, bila kita buat baik, tetap juga orang kata kita tak baik. Semuanya tak kena dan tak betul. Sentiasa berubah-ubah dan jarang benar tetap pada pendirian yang satu. Malah, sering juga ikut keadaan dan masa.

Kata seorang teman ‘Aku... sangat pandai mengambil hati orang’. Ye ke? Kalau betul, kenapa aku selalu sakitkan hati orang? Jadi kesimpulan yang aku buat, aku bukan jenis macam tu. Sebabnya, aku selalu aje rasa kekok, bimbang kalau-kalau dalam pada bercakap, dalam pada bergurau, ada hati yang dah tergores. Tapi... aku juga bukan jenis orang yang tahu bercakap ala-ala perempuan Melayu terakhir. Dan, kalau aku memang jenis yang pandai mengambil hati, mesti sekarang ni aku ada banyak hati kan?

Kata seorang yang lain, ‘Aku keras di luar, tapi lembik macam biskut di dalam’. Betul ke aku jenis orang macam tu? Tapi kata-kata ni, memang agak tepat walaupun tak semua keadaan, aku keras dan tak semua keadaan juga aku lembik macam biskut.

Kata ibu aku pulak, ‘Aku... seorang yang sangat suka meradang bila ada yang tak kena. Kalau orang tak kenal aku sangat, memang tak tahu’. Hehe... yang ni, memang no komen sebab, pandangan seorang ibu jarang benar tersasar. Tapi aku pun bukannya akan meradang tanpa sebab dan bukan juga meradang sentiasa. Hanya bila aku dah tak boleh nak kawal dan dah sampai tahap dewa. Biasalah, aku pun manusia biasa.

Dan, apa pun analisis yang dah dibuat pada aku tu, rasa-rasanya, akulah yang lebih kenal siapa diri aku yang sebenarnya. Orang lain pula, bagaimana ye?

Thursday, October 30, 2008

Last Movie I Saw : Max Payne


The last movie I saw is Max Payne.. sbnar nye memang dah lame aku nak tengok citer nih.. tapi takde kesempatan.. sehinggalah pada suatu hari yang amat tensen bagi aku.. so aku telah membuat keputusan drastik.. kuar ptg tu gak.. aku pon g la tgk ngan rumate aku.. ok la..berbaloi la citer ni bg aku.. best.. citer ni dah lame aku tunggu.. sbab citer ni based on gameplay yang glemer tuh.. pelakon die Mark Wahlberg.. tapi aku suke watak Mona Sax coz watak die memang cool je sbg pembunuh upahan.. pas tengok movie dah kurang la tensen aku ckit..

Friday, October 24, 2008

SpEciaL PosTinG

I dedicated this posting to a special couple of this sem..SHISHI (bukan name sebenar) and SHIMI (pon name tipu)..

hah..Shimi..ko ngah denga instruction ke ko dok pandang shishi tuh.. tak bekelip aku tgk.. ada sesuatu di dalam diriku..

suke aku tgk diorg nih.. sweet jer.. comey kalo diorg bedue nih.. bile la korang nak kapel erk.. gamba ni tak disengajekan sebenar nye.. romantik..saling memandang..

ngah discuss ape agak nye.. "bile kite nak kapel nih..penat dah tunggu".. "alaa.. kite knal hati budi dulu yerk.."...

Thursday, October 23, 2008

Mock Meeting @ Sesi Fotografi??

Sambil tunggu turn tuh..sempat lagik posing..ni la grup aku... tapi cian chairperson lak yang kena snap gamba kitorg.. huhu

aikk..?? mane leader korang nih..sape yang takde kat situ yek..dia la yang jadik mangse untuk snap gamba anak2 buah.. sape lagik kalo bukan aku..

yaa.. itu die..secretary sedang betolkan tudung nye.. haa.. ni mesti ko nak seduce MR Chairperson ni tehah.. kantoii.. err..tehah, kalo secretary tuh kena wat gedik2 ckit tau..

haa.. ni time dok prepare untuk meeting la nih.. kat KMC.. ngah dok reka skrip masing2.. haiii.. meeting pon bley gelak2 yerk.. serius la...

ni dia.. satu section kitorg begamba bersame lecturer English @ CEO company grup aku.. hahaha.. yg duduk kat tgh2 tu yg baju putih ialah MR Shafeirul Zaman.. kak fara, jgn lupe angkat balik monitor tuh..

Wednesday, October 22, 2008

HanG OuT

di suatu hari.. kami kuar berlima untuk berpoya-poya.. hahah.. ade yang nak wat facial.. ade yang nak setting rambut.. huhu.. event berpoya-poya ini bermula pada pukul 11 pagi..(delayed ckit).. dan berakhir lebih kurang 10.30 mlm.. tempat2 yang dilawati adalah Kuantan Parade, East Cost Mall n Berjaya Megamall.. tak lupe juga Petronas..(tuang minyak)..heheh..rancang2 nak g TC tapi oleh kerana ujan yang turun bagaikan mutiara kami batalkan je hasrat tersebut..

bile dah dapat eskrem Baskin Robbins aku memang dah tak ingat sape2 dah.. besh nyer.. kalo makan 1 cup je mane nak cukup..


shida @ mama termenung mengingatkan papa yang berada jauh di mata tapi dekat di hati.. kalo dah jodoh tak ke mane la mama.. papa n mama-strong love..hehe..jgn mara

posing maut dari ecah n shak..haha..senyum..

nak tumpang gak.. hahaha.. muke aku sekali nak nyebok..jgn mara eh vea..

Monday, October 20, 2008

L.O.V.E is C.I.N.T.A

ermm.. ni plak aku nak bercakap soal cinta, kasih sayang dan seangkatan dengannya.. Aku rasa inilah salah satunya perkara yang paling akrab dengan diri kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita. Dan aku yakin, terlalu banyak sudah yang diperkatakan tentang subjek yang satu ini..
Kata orang, lebih baik kita pernah mencintai dan dilukai daripada tidak pernah merasa cinta langsung.. Dan sesetengah berpendapat pula, kalaulah dia tahu betapa luluhnya hati kerana putus cinta, adalah lebih baik dia tidak menyerahkan hatinya kepada sesiapa..
Bila kita serahkan hati pada seseorang, bermakna kita telah memberi seluruh harapan dan kepercayaan kepadanya.. Kita tidak lagi berfikir tentang diri 'aku' tetapi 'kami'..Dan sudah pasti hidup ini terasa musnah apabila hubungan itu tidak kesampaian.. Mimpi indah yang dibina berkecai macam kaca yang terhempas ke lantai. Kita melihat dunia ini tidak sama lagi. Tapi kesedihan dan kesengsaraan yang kita hadapi itu bukanlah penghalang untuk kita beroleh kebahagian.. Hilang satu cinta tidak bermakna kita tidak akan mendapat cinta yang lain. . Insyaallah, mungkin lebih hebat dari cinta kita yang sebelumnya.
Kepada sesiapa yang pernah putus cinta dan merasakan hidup ini sudah tiada ertinya, bangun dan bangkitlah.. ubah tanggapan korang tu. Jangan biarkan hidup kita musnah disebabkan cinta ini kerana insyAallah ada perkara yang lebih baik lagi akan berlaku kepada kita..
Aku bukan memandai bagi pendapat tau.. ni aku p mintak nasihat dari yang pakar.. huhu

Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar
yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar
dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.

~ Ayat-ayat cinta - Habiburrahman El Shirazy


8 Perkara Tentang Diri Aku

1. Mood tak pernah stabil. entahlah benda ni rasanya sejak azali lagi aku macam ni. ada masanya aku peramah macam nak rak...ada masanya aku diam, sediamnya. so geng..bila aku menyepi tu faham-fahamlah yerk...
2. kuat berangan. dulu masa kecik2 aku selalu bayangkan kalau aku duduk di angkasa mcm mana space ship aku, macam mana aku nak perang lawan musuh.hiihih bila tengok a girl from tomorrow teringin nak jadi Alana. bila tgk kartun toriton, aku teringin hidup dalam laut lak. berangan jadi ariel pun selalu gak..ahaks...bila tgk voltron, aku teringin jadi macam depa. bila tgk wolverine, aku teringin jadi makwe dia..hahaha sekarang ni kalau berangan pun mengenangkan hero n heroin novel yang selalu aku bace...hahaha..
3. Aku cepat naik darah. panas baran la kire nye.. kalo tak kena gaya aku boleh mengamuk. . kalau aku tgh marah jangan cuba becakap dengan aku.. kang tak pasal2 kuar ayat2 power.. bukan ayat2 cinta eh.. kena bagi aku cool down dulu.. kalau aku bercakap tu maknanya aku tak berapa marah.. tapi kalau dah diam tu...hihihi AWAS!!! tapi aku cepat sejuk.. besar macam mana pun salah orang pada aku, bila dia minta maaf aku boleh maafkan.. kalau tak aku jadi pendendam. hmmm....buruk2 betul perangai aku ni.
4. Pendengar yang baik... dulu kawan2 yang bermasalah selalu jumpa aku minta nasihat. hahaha..yang kelakar tu selalu minta nasihat bila gaduh ngan pakwe sedangkan aku bercinta pun tak pernah.
5. cakap direct - setengah kata mulut laser tapi bagi aku lebih baik berterus terang daripada makan dalam... tapi aku direct pun ikut keadaan juga.. tak adalah sampai ke tahap mulut celopar.. ye ke..
6. Aku sanggup berhabis duit dengan benda yang aku suka espcially novel ngan komik.. hahaha nak buat camne.. aku memang tak suka shopping mekap... lagi pon bile pakai mekap aku rase cam chewing gum melekat kat muka.. tapi kadang2 tu ade gak la aku try... perempuan normal ke aku ni??
7. Aku ni kuat makan.. hahaha.. kalo kat kfc tuh aku bley abiskan dinner plate, zinger burger n cheezy wedges.. tu pon tak cukup..huhu
8. Aku sensitif orangnya.. di balik perawakan yang serius n garang aku ni penyedih sket.. kalau kena gaya sedih aku senang menangis tapi dalam family air mata aku yg paling liat nak keluar..
pelik nih..

Sayang Sayang Sayang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta,dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Cantik Pada Mata Yang Memandang..

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.
Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.
Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di tempat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.
Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak.
Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.
Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda.
Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati.
Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN.
Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

5 PerKarA PeLiK Aku


1. Aku suka dengar lagu kuat2. kalau dalam bilik aku terpaksa letak kain bawah pintu tak nak kasi keluarga dengar.. dengar pelan2 tak ada thrill...tak best...tak puas...tapi aku asyik kena marah jer...." ko pekak ke?" soalan lazim aku terima.

2. Aku suka wolverine ( karekter dlm x.men). Aku rasa dia ada persamaan dengan aku. nampak garang dan pemarah tapi sebnrnya baik hati dan penyayang dan setia. hhiihhi...

3. Kalau tengok tv. aku mesti kena pegang remote. dan kalau iklan, mesti tangan gatal petik setiap channel walaupun tahu citer apa.

4. Aku rabun jauh. tapi tetap degil nak pakai spek. alasan, aku tak mahu mata jadi kecik...lagi satu kalau nak dikira sejak zaman di skolah hingga sekarang dah banyak spek aku. semuanya patah. kadang2 sampai kena salotape. kalo aku buat lain pon aku tahu akan patah jugak...aku kan species wolverine...hihihi ganas....

5.
Kalau naik bas aku suka lelapkan mata walaupun tak ngantuk. kdg2 perjalanan baru bermula, kdg2 tak sempat keluar dari stesen aku dah pejam.. antara sebab, aku tak suka berbual langsung dalam bas..kalo ade gak orang yang gatai2 tego aku, tak pasai2 kena ayat power aku...

ToMoRrow CaN be TOO LatE


If you're mad with someone, and nobody's thereto fix the situation... You fix it.

Maybe today, that person still wants to be your friend . And if u don't,tomorrow can be too late.

If you're in love with somebody , but that person doesn't know... tell her/him.
Maybe today,that person is also in love with you .
And if you don't say it, tomorrow can be too late.
If you still love a person that you think has forgotten you... tell her/him.
Maybe that person have always loved you. And if you don't tell her/him today ,tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend... ask her/him for it.
Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.

If you really have friends who you appreciate... tell them.
Maybe they appreciate you as well.That if you don't and they leave or go far awaytoday , tomorrow can be too late.

If you love your parents, and never had the chance to show them... do it.
Maybe you have them there to show them how you feel.That if you don't and they leave today , then tomorrow can be too late.

Jangan Bilang Tidak..

Ku pernah punya cinta namun
kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu
Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta namun
kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi
Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar pipipun semu
Namun aku mohon jangan bilang tidak

p/s- aku dah banyak kali dengar lagu ini hinggalah tadik dan aku terjatuh hati dengan lagu ini. paling suka dengan ayat ' jangan bilang tidak jika kita belum mencoba'. iya...jangan sesekali kita berputus asa sekiranya kita menginginkan sesuatu. jangan biarkan perkara yang remeh menjadi halangan sedangkan masih ada jalan untuk kita berusaha dan mencoba...

ape nak jadik ngan aku ni...

warrggghh..what happened to me.. aku takde mood nak study.. malam esok ade test.. microP lak tuh.. camne nih..someone please wake me up.. adooiii.. tgk notes pon dah takde mood.. camne la aku nak jawab soklan esok.. org lain dok study giler2 aku lak dok posting kat blog nih.. huhu.. pelik2.. ape aku nak wat erk supaya aku insaf ckit.. kena carik seorg yang garang nih untuk motivate aku.. tu pon kalo aku denga die ckp.. kan ke aku ni keras kepale.. NURUL.. P STUDY LA..!!! huh

Friday, October 17, 2008

Jatuh...

ermm..tetibe je arini aku teringat balik lagu ni..dah lame dah tak denga..time2 bad mood camni layan lagu jiwang2 jer..LaGu Adam - Jatuh..

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku
Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

ermm..


cincin idamanku..heheh..PRINCESS CUT-DIAMOND


sbnar nye aku takde idea nak update blog nih..heheh..tapi ade la something yang aku nak tulis..

If you love someone
let them go
If they return to you
It was meant to be
If they don't
their love was never yours to begin with........

Thursday, October 16, 2008

Aku..??

Starting time: 9.33 pm
Name : Siti Nurulhajar binti Mat Yusof
Sisters : sorang kakak (dah kawen) n sorang adik
Brothers : 2 orang abang
Shoe size : 7 @ 8
Height : 161 cm
Where do you live : Kuala Terengganu
Have you ever been on a plane : Pernah
Swam in the ocean : of coz
Fallen asleep at school or college: Selalu especially time klaz machine..ngantok..
Broken someone’s heart : Selalu ! Masa sekolah & di kampus
Fell off your chair : pernahlah jugak

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Zaman rumaja biasa la
Saved e-mails : memang jarang delete emel
What is your room like : Ada buku dan buku dan majalah dan novel dan komik

What’s right beside you: laptop dan pooh
What is the last thing you ate :burger
Ever had...Chicken pox : Hah pernahmase skolah dulu2
Sore throat : Selalu
Broken nose : tak pernah dan tak mahu
Do you believe in love at first sight : amat amat amat percaya
Like picnics : suka..tapi masalah sunburn la

Who was/were...The last person you danced with : Amar Rahimi (anak buah)
Last made you smile : ntah..sbab malam ni tensen..but i always smile

You last yelled at : juz now..i yelled at someone on da phone..
Today did you...Talk to someone you like : memang suka bercakap pun dgn sesiapa

Kissed anyone : of coz la..anak buah..aisya, amar n sarah
Get sick : skang ni pon demam..sblom raye lagik dah demam
Talk to an ex : ade ke..? heheh..biarlah rahsia
Miss someone : ermm..Arwah kak long dan Arwah abg chik
Who do you really hate: tak pernah nak ingat pun..dah benci wat pe kite ingat

Do you like your hand-writing : sukaaaa! ok la
Are your toe nails painted : Apa ke jadahnya.. takde keje btol
Whose bed other than yours would you rather sleep in : katil di four season reasort jimbaran bali.. yg semalam RM10K ..rasa tak mahu turun dari katil..

What color shirt are you wearing now : Light Green

Are you a friendly person : Rasanyalah
Do you have any pets : hamster...arnab..

Do you sleep with the TV on : kadang2..
What are you doing right now : Nak siapkan assignment sebenarnya, duedate esok..

Can you handle the truth : InsyaALLAH
Are you closer to your mother or father : father
Do you eat healthy : tak kot..sayur pon tak makan


Do you still have pictures of you & your ex : ex je ke..? Y? Z?
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Alone..or my rumate..seah

Are you loud or quiet most of the time : Loud
Are you confident : Memang selamba aje

5 things I was doing 10 years ago
1) bdak skolah yang mmg besh..SMKSS
2) student dip letrik kat ump
3) jadik pengawas skolah..layak ke..
4) broke someone's heart
5) editor majalah skolah


5 things I would do if I were a billionaire
1) buat haji ngan family
2) kawen..hahaha..kalo ade orang nak
3) beli kete..
4) beli benda yang tak dapat lagik..
5) nak wat banglo sebijik..


5 of my bad habits
1) kuat tidur
2) maen redah jer
3) suke carik gaduh
4) cepat hangin..panas baran gak aku ni
5) suke kutuk orang

5 places I've lived/living
1) Kuala Terengganu
2) Kuantan
3) Pekan
4) Skudai
5) PJ

Wednesday, October 15, 2008

Cinta Jarak Jauh (CJJ)

Bila bercinta jarak jauh...dugaannya banyak. Macam2 boleh berlaku maklumlah terpisah di hemisfera yang berbeza maka persekitaran yang berbeza boleh membuatkan hati juga berubah-ubah.
Kalo boleh nak tengok hari2 depan mata. Bukanlah nak buat apa pun tapi mesti nak tengok. Agaknya dari orang macam aku nilah punca peribahasa yg mengatakan, tak nampak tuan punya badan...nampak bumbung rumah pun cukuplah! Haha...btol x..?
Rindu, ya perasaan ini memang sukar ditepis. Bercakaplah di telefon berjam lamanya tapi bila phone diletakkan, rasa rindu datang semula! Huh! Tak percaya? Kalau tak betul cuba tengok bil orang yang bercinta... huhu.... boleh beli barang hantaran dah jumlahnya!
Sunyi... ni lagi satu perasaan yang sungguh tak sekolah. Si dia jauh tapi macam terdengar suara dia, gelak tawa dia dan usikan dong dong dia. Dan bila lama tak jumpa, mulalah rasa sensitif datang menyerang. Mulalah soalan pelik akan keluar, " Tak rindu saya ke?" Jawapan yg diberikan akan menjadi pengubat hati, " Ye...rinduuuuuuuuuuuu." hahaha...
Itu semua rencah dunia bercinta dan berkasih sayang. Ayat-ayat cinta yang ajaib dan unik semuanya boleh dituturkan. Sejauhmana keikhlasan dan kebenarannya susah untuk diteka. Kerana itulah segala-galanya berteraskan kepercayaan.Dan aku..?? Susah untuk mempercayai cinta..Adakah cinta sejati itu wujud..Kalo la skang ni ada lelaki yang datang kepada aku menyatakan rasa cinta dan ingin menjadikan aku teman hidupnya..dan aku tahu lelaki itu dapat aku jadikan sandaran hidup..Jawapan aku..YES.. I DO..

CERITA HATI

Love: to exist it doesn't have to be returned. Emm... bunyinya kejamkan tapi itulah hakikatnya. Cinta boleh hanya bertepuk sebelah tangan saja. Dan walau sekuat mana tepukan anda, sesungguhnya ia tetap tak bermakna. Huhu... again kejamnya!

Jika orang lain yang berada dalam situasi ini, kita akan mengatakan... lupakan saja. Melangkah ke hadapan tentunya lebih mudah dari asyik mengundur ke belakang. Tapi, bila terkena diri sendiri? Susah juga.

Aku selalu berfikir yang setiap cerita ada 2 pihak sebenarnya. Dan cara kita melihat sesuatu perkara itu tentulah berbeza. Yg dah berkahwin ada mengatakan, tak yahlah kahwin...susah, leceh sbb jadi x bebas. Yg x berkahwin akan mengatakan, bosannya balik rumah sunyi. Bagi yg dah berkahwin... sunyi tu seronok sbb dah biasa dgn hiruk pikuk anak2, itu belum lagi bebelan mak mertua! Haha... It shows that life is full of surprises.

MENGUKIR BAHAGIA

Kalau bahagia seorang suami bukan pada isterinya, di manakah letaknya bahagia itu? Peliknya cinta, walau dilukai berkali-kali hati masih mampu menyayangi. Jika hati mampu dilihat parut kelukaan itu pasti mencacatkan namun, cinta di hati hanya akan berakhir bila nyawa diangkat ke langit.

Aku manusia biasa yang mencari kesempurnaan cinta. Adakalanya kuat melawan arus, ada masanya tersasar diterbangkan angin. Antara warna hitam dan putih dalam kehidupan, selalu berusaha mencari pelangi!Renyai di hati, ombaknya kuat berkocak. Taufan di jiwa, semangat terus bergelora!

tagging time...

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
1. mengelamun masa cikgu mengajar
2. baca komik GILA-GILA dalam lab HAHAHAAAAA (sehingga kini ku masih ingat bertapa lucunya jenaka dlm majalah tu...)
3. suka cari sebab untuk keluar dari kelas ...pi praktis kawad laa, orang nak jumpa laa...mcm mcm hal...hehehe

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
1. Technical Drawing sebab aku suka teknikal ni
2. English sebab suka buat ayat yang lintang pukang
3. Math sebab aku suka beat musuh ketat aku..berg

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
1. Physics - sampai la ni tak berapa faham daaa...
2. Chemistry - sama la tu...tak reti reti walaupun 10 kali cikgu! explain
3. Bm - memang tak minat especially sastera

MENARIK PADA KAMU...?
Apabila seseorang itu memberikan daku senyumannya...fulamak ceria terus dunia ni!!!

KAMU PALING SUKA...?
kenakan orang... kutuk2 org tapi takde la melampau

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...
Udara untuk bernafas, cahaya matahari dan sinaran bulan hehehe..jgn mare ..
betul apa...???!!!

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA INGATI...
DIA YANG MAHA KUASA - YANG menjadikan, menghidupkan dan mematikan daku...

test ELECTRICAL MACHINE yang memang sengal

wargghhh..tensen nye aku arini..test electrical machine ptg tadik cam sengal jer...tak tau la aku yang sengal ke soklan..tapi rase2 cam dah study...soklan first pon xleh jawab..soklan len tu ok la..tapi aku cukup tensen ngan paper mr zahim ni..bagi la soklan senang ckit...bley la scor..heheh..disebabkan aku tensen ngan test ni..aku pon kuar la lepak sambil makan2 sepuas ati..lagik betambah la berat aku pasni..huhu..yang penting kite hepi..

Friday, August 29, 2008

jalan-jalan di taman

tau la taman tu dekat je..memang sempoi la..pakai kain batik jer..huhu..


amar rahimi n aisya hani..comel nye..abg long, jage adik tu elok2..

~Merdeka Version~






kat kuantan parade pon ade..meredeka!!! merdeka!!!














ni dpn megamall..tunggu traffic light ijau..sempat gak la aku snap picture nih..












versi merdeka..x tau pon nak tulis ape..sbab aku bukannye berjiwe merdeka sgt..setakat tau lagu NEGARAKU jer..









Wednesday, August 20, 2008

Beijing 2008





Time cuti ni ari2 aku tgk sukan olimpik..besh lak..Sukan febret..? Of course la athletics..Ni dia..Usain Bolt..catat rekod dunia 200m..dah la world record 100m pon die yang pegang..The Fastest Man on Earth..














Finally, lepas 3 taun setengah di ranking ke-2 dunia di belakang Roger Federrer..Rafael Nadal becomes World No 1..Bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal kini sah merampas kedudukan Roger Federer sebagai pemain No. 1 dunia berdasarkan ranking terbaru ATP yang dikeluarkan selepas Nadal menang Sukan Olimpik Beijing 2008.





sempat lagik amek gamba nih..ASTRO..














sempena marhaban di ASTRO..di Kuantan Parade..16 Ogos 2008..ade Farah, Mawi..sape lagi eh..lupe ar..














muke aku yang dah kepenatan tunggu orang shopping..

-novel baru-


latest novel yang aku bace..bley tahan la jalan cerita..tapi bagi aku borink ckit..




best novel ever..paling suke novel ni..bace banyak kali pon tak bosan..

Tuesday, August 19, 2008

- Memaafkan & Melupakan -

Memaafkan ya, tapi melupakan tidak. Betul ke macam tu? Aku tak tahu pandangan orang lain dan apa yang orang lain rasa. Tapi selama ini aku rasa memang kata-kata tu ada kebenarannya. Memang ada banyak perkara dalam dunia ni yang tak boleh kita lupakan semudah kita memadamkan kesan contengan pensel di kertas lukisan. Kalau pun kita cuba untuk lupa, ada masa-masanya sesekali apa yang berlaku melayang-layang juga di mata dan minda yang tak pernah berhenti daripada bekerja.Dan, bila kenyataan terbentang depan mata semalam. Aku tanya kembali pada diri, benarkan memaafkan begitu mudah? Tak semudah melupakan? Jawapan aku hari ini, TIDAK! Padahal aku sangka aku sudah pun memaafkan. Rupa-rupanya, memaafkan juga tidak semudah yang aku kira. Selama ini aku selalu kata, tak apa... aku dah maafkan segala-galanya, aku dah lupakan semuanya. Tapi bila panggilan yang tak dijangka, daripada orang yang tak diduga sampai... ya, aku masih belum memaafkan dan melupakan. Sekurang-kurangnya tidak dalam jangka masa terdekat ini. Masa akan datang aku tak pasti sebab bukan ada di tangan aku. Kalau dibalikkan hati aku, mungkin saja aku boleh berubah 360 darjah dalam sekelip mata. Tapi sekurang-kurangnya bukan hari ini.

Entahlah. Kalau sebelum keadaan jadik begini, kata maaf itu diucapkan, mungkin aku dengan rela hati memaafkan. Mungkin aku masih boleh menerima alasan demi alasan yang diberikan walaupun entahkan betul entahkan tidak apa yang dikata. Tapi rasa-rasanya tempoh setahun lebih itu agak lama untuk mencipta alasan. Sekarang ni aku pun dah tak nak dengar apa-apa sebab aku dah tak nak tahu apa-apa lagi. Bagi aku, yang dah berlaku biarkan saja berlaku dan berjalan seperti mana adanya.

Kejam ke? Yup, memang agak kejam tapi... dalam hidup ini, ada benda yang kadang-kadang agak mudah untuk diterima atau difahami dan ada perkara yang tidak boleh dianggap enteng walaupun kita merasakannya begitu. Jadi, aku memutuskan hati untuk membiarkan segala-galanya berjalan seperti biasa. Cukuplah dalam hati aku tak ada rasa marah, atau barangkali aku memang dah memaafkan dia tanpa aku sedar. Cumanya, untuk bersikap seperti biasa, tak mungkin. Bukannya aku tak mahu, tapi aku memangnya tak boleh. Aku cuba juga untuk meramahkan mulut, malangnya, hanya sepatah... sepatah... kata yang keluar. Aku betul-betul dah tak boleh. Jadi, biarkanlah semuanya begitu-begitu saja...

shopping..

ari ni dah start cuti..aku nak balik kampong..tapi kene singgah umah akak aku dulu kat Pekan, Pahang..alang2 aku dah nak ke pekan, aku ajak la Shida, coursemate aku tumpang sekali..tapi sblm balik tuh, kitorg sempat singgah kat Megamal jap..ade PC Fair..walaupon dah ade printer, tapi aku ni gatal g beli gak lagi printer..sape nak gune ntah..

muke penat..sempat lagik amek gamba ngan printer baru..sebenarnye lift tu lambat sgt..penat aku pegang printer tuh..dah la berat..




oleh sbab lift dah penuh tepakse la aku n shida tunggu lift seterusnya..ye la..mane nak letak printer aku nih..last2 dalam lift tu cume ade aku, shida n printer..huhu..

Monday, August 18, 2008

My Definitions:

1. Life is not a bed of roses...
Maksudnya: Dlm hidup ni banyak halangan... tak seindah yang kita impikan. Tiada istilah sempurna.
2. Better late than never
Maksudnya: Daripada tak insaf... walaupun lambat sikit insaf... tak apa... asal jangan terus hanyut! Hehe betul ke?
3. When it rain... it pours
Maksudnya: Kdg2 ujian yg datang tu alamak... menyerang sekaligus. Sekali hantam... sampai jatuh terduduk, terjelepuk dan boleh terhospitalized! Haha
4. Listen to your heart
Maksudnya: Dengarlah kata hati... rujuk pada naluri. Kdg2 kita dah di beri gerak rasa tapi kita saja yg menolaknya. Tapi kdg2 bila hati menjerit... kita ttp juga tak mendengar. We choose not to. Why? Emm... hanya kita yg tau!
5. You are stronger than what you think
Maksudnya: Kuasa minda memainkan peranan yang penting. Klu kita fikir kita kuat... kuatlah kita. Cuma apabila kita membiarkan emosi mengalahkan logik saja kita akan terus jatuh dan jatuh lagi....

Menjaga Hati

Bila kita rasa kita ni tak kuat...kita sebenarnya ada kekuatan untuk mengharungi ujian yang datang. Selalu ada anggapan... hujan turun mesti berhenti. Banjir pun pasti surut. Itu jawapan default yg sering digunakan utk memujuk hati sendiri. Banyak nasihat yang diterima... aku mendengar sahaja, tidak bermaksud aku menerima kerana ada masanya... aku seakan sudah tepu. Benarkah cinta menyebabkan manusia jadi buta dan tuli? Jadi sukar mahu menerima kenyataan dan selalu hanyut dalam ilusi. Aku tidak pernah percaya sehinggalah aku sendiri yang mengalaminya. Believe me...it's sucks! Especially when you can't have what you want. Dalam novel, semua pun serba indah kerana penulis menulis mengikut acuan rasa hati dan mimpi sendiri. Realiti? Tidak begitu. It's hurt and somehow loving him making me forgot to love myself. Dia jadi keutamaan lebih dari diri sendiri. Segala kata-kata yang disusun seboleh mungkin tidak mencederakan hatinya sedangkan diri sendiri hati sudah remuk redam... hancur jadi debu!Emmm.... bagaimana aku yang waras boleh jadi hilang segala logik? Kenapa terlalu mengikut rasa? Maka akhirnya aku membuat keputusan.... Kembali menjaga hati sendiri! Yang lain-lain.... biarlah masa yang menentukan, kerana saya percaya... ALLAH lebih mengetahui! ALLAH lebih menyayangi.

Manusia biasa yang mencari kesempurnaan cinta.
Adakalanya kuat melawan arus,
ada masanya tersasar diterbangkan angin.
Antara warna hitam dan putih dalam kehidupan,
selalu berusaha mencari pelangi!
Renyai di hati, ombaknya kuat berkocak.
Taufan di jiwa, semangat terus bergelora!

True Frens..







dalam byk2 quotes, aku paling suke yang ni..tapi ape yg tetulis kat sebelah ni mmg btol..


















mmg btol pon sahabat sejati susah nak jumpe..kalo org tak pham diri kite, org tu akan pandnag kite negatif..















idup kite nih tak tau bile akan berakhir..aku time takdir idup aku..walaupon aku tak cam orang laen, tapi aku cuba untuk jadik tabah.. ketawa..menyayangi..dan memaafkan..


Ape Salah Aku..


aku cukup tak paham perangai orang..ape la salah aku kat korang..ape aku dah wat kat korang..aku rase diri aku bodoh sgt..sbab aku sanggup diperbodohkan semate-mate untuk dapat membe..tapi aku tak tau sebenar nye diorg tu tak layak dipanggil membe atau kawan atau sahabat atau ape2 je la yang same maksud..dulu aku kapel dan mase tu aku bodoh..aku lupe membe..tapi aku still tegor membe2 aku..nape korang pulaukan aku..korang tak kapel ke..yg lagik terok dr aku pon ade..tapi korang tak sedar..korang tak nampak..yg korang nampak hanya salah aku..ape yang au wat sumer tak btol..then, skang nih dah timbul masalah baru..baru aku sedar org sekeliling aku ni ramai yg bepure-pure..ramai yang belakon jer..mcm aku ni takde perasaan..korang wat aku ni cam org bodoh..skang ni aku tak tau sape yang btol2 kawan..sape yang belakon jadik kawan..sehingga ari ni, aku blaja sesuatu..kite sebenar nye jgn telalu pecaye seseorang tu..jgn telalu rapat ngan seseorang..ari ni jgak aku dah wat keputusan..aku takkan kaco idop korang..dan aku mintak sgt2 korang jgn kaco idup aku..tlg la biar aku bahagie skang ni selagi aku tak kac idup korang..dan aku tak paham nape mesti korang ungkit pasal aku dan bgtau kat org laen sedangkan bende2 nih dah lame belaku..aku pon dah tak nak ingat lagik..tapi korang still tak puas ati ngan aku..nape..???cukup la sampai sini..aku pon takkan amek kesah hal korang lagik..mmg susah nak carik sahabat sejati..

Sunday, August 17, 2008

Damaged-Danity Kane


Do, Do you got a first aid kit handy?
Do, Do you know how to patch up a wound?

Tell me,

Are-are-are-are you?

Are you patient,Understanding?

Cause I might need some time to clear the hole in my heart and I



I've tried every remedy

And nothing seems to work for me



Baby, (baby)

This situation’s driving me crazy

And I really wanna be your lady

But the one before you left me so



Damaged, damaged

Damaged, damaged

I thought that I should let you know

That my heart isDamaged, damagedSo damaged (so damaged)

And you can blame the one before



So how you gonna fix it, fix it, fix it?

(Baby, I gotta know)

How you gonna fix it, fix it, fix it?

(What you are gonna do, baby?)

How you gonna fix it, fix it, fix it?

(Baby, I gotta know)

How you gonna fix it, fix it, fix it?

(What you are gonna do?)



Do, Do you got a first aid kit handy?

Do, Do you know how to patch up a wound?

Tell me,Are-are-are-are you?

Are you patient,Understanding?

'Cause I might need some time to clear the hole in my heart and I



You try to gain my trust

Talking is not enough

Actions speak louder than words

You gotta show me something

My heart is missing some pieces

I need this puzzle put together again



Can you fix my h-e-a-r-t?

Cause it d-a-m-a-g-e-d?

Can you fix my h-e-a-r-t?



Tell me are you up for the challenge

Cause my heart is



Damaged, damaged

Damaged, damaged

I thought that I should let you know

That my heart is

Damaged, damaged

So damaged (so damaged)

And you can blame the one before



Damaged, damaged

damaged, damaged



I thought that I should let you know

That my heart isDamaged, damaged

So Damaged (so damaged)

And you can blame the one before

So how you gonna fix it, fix it, fix it?



How you gonna fix it, fix it, fix it?

How you gonna fix it, fix it, fix it?

How you gonna fix it, fix it, fix it?



My heart is

Damaged,

Damaged,

Damaged



My heart is

Damaged,

Damaged,

Damaged

My heart is

Damaged,

Damaged,

Damaged



My heart is

Damaged,

Damaged,

Damaged



My heart is

Damaged

Friday, August 8, 2008

study oh study

study oh study..ni la student..time lecturer nak baru la dok sibok nak wat..temasuk la aku..kalo lecturer aku tu tak nak tengok jgn harap la aku nak wat tutor math..tu pon aku copy org nye ckit2..huhu..tapi ok la..bukan aku sorang je yang tak wat..majoriti bz cam aku gak..heheh..[aku ni malas sebenar nye]..jadik kitorg pon berangkat ramai2 ke kmc..


shida ngah kusyuk wat math..rajin tol die time nih..hahaha..tapi kesian gak sbab kene kaco ngan aku..huhu..



harna n siang ngah discuss..sape lagik terer..memandai je aku nih..tak tau pon diorg ngan discuss ape..

penat nyer

ello..ari ni aku nak citer pasal betape penat nyer aku smlm..dah la lecture full dari pagi sampai ptg..rushing lak tu..klas lak dr ujung dunia ke ujung dunia..blok Z ke lab ke blok V ke bilik ke blok W ke blok X..penat jalan jer..rase nak belari tapi nanti lagi tak larat..huhu..disebabkan penat kol 9 lebih aku dah tido..

Muke dah penat giler..wat motor control..dah la panas..sampai berpeluh aku kat lab ni..naib baik jadik gak aku ngan tehah wat..terubat la penat aku bediri lame2 kat panel tuh..

Sunday, August 3, 2008

Hari yg memang wat aku cuak giler...

minggu ni aku terasa la nak blik kampong..so, aku mintak la bapak aku book tiket untuk aku..nak dijadikan citer, pada ari jumaat yang indah itu, aku pon kuar la ngan membe baru aku, Shida. niatnye nak mintak die anta pegi terminal.. tapi gatal lak aku ni nak pegi megamall jap.. nak beli present kat mak aku..masuk kedai kuar kedai tak jumpe gak yang bekenan di hati.. ..pilih punye pilih tak sedar dah pukul 2.30 ptg.. tapi aku wat muke relax jer la.. dalam ati punye la bimbang..dah la tiket tak amek lagik.. pukul 2.40 aku kuar dari kedai Ruccini nga 2 handbag untuk mak aku.. kitorang pon dengan laju nyer naik parking lot..tapi punye la bagus megamall ni sbab diorang memang ikot tech tekini.. disebabkan teknologi telalu canggih, kitorang sampai tak jumpe mesin nak bayar parking..yela..last sekali aku pegi megamall parking nye cam dulu lagik..bayar sebelum masuk..due kali pusing baru la aku jumpe. tu pon tanye guard yg ade kat situ..sory la pak guard..kalo tak betanye nanti sesat jalan..heheh..lepas bayar kitorang tengok dah pukul 2.52.. sampai je kat luar, aku dah betambah bimbang lagik.. sebab nye jalan jam plak..mase ade tak sampai 10 minit lagik.. berkat kesabaran driver aku, si Shida nih, kitorang pon sampai gak kat terminal kol 3.01 ptg..aku nak g amek tiket tapi masalah plak betimpa-timpa..kaunter tiket tutup lak..aku pon terus turun kat platform..kot2 la pekerje MARA LINER ade kat bawah tu..fuhh..nasib baek ade..aku pon tanye la bas ke KT..nasib baek lom sampai..n nasib baek gak pak cik tu baik..tolong amek tiket aku..kol 3.15 baru la bas yang di tunggu tibe..tak lame lepas shida balik, aku pon betolak k destinasi..waa..muke masing2 dalam kete dah cuak giler..lps nih dah tak nak wat lagik dah..

tiket bas yang akan ku simpan wat kenangan..hahaha..tiket baru print nih..tapi kan bez lak wat camni.sekali sekala ape salah nyer..