::YuK::

::YuK::

Monday, October 20, 2008

L.O.V.E is C.I.N.T.A

ermm.. ni plak aku nak bercakap soal cinta, kasih sayang dan seangkatan dengannya.. Aku rasa inilah salah satunya perkara yang paling akrab dengan diri kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita. Dan aku yakin, terlalu banyak sudah yang diperkatakan tentang subjek yang satu ini..
Kata orang, lebih baik kita pernah mencintai dan dilukai daripada tidak pernah merasa cinta langsung.. Dan sesetengah berpendapat pula, kalaulah dia tahu betapa luluhnya hati kerana putus cinta, adalah lebih baik dia tidak menyerahkan hatinya kepada sesiapa..
Bila kita serahkan hati pada seseorang, bermakna kita telah memberi seluruh harapan dan kepercayaan kepadanya.. Kita tidak lagi berfikir tentang diri 'aku' tetapi 'kami'..Dan sudah pasti hidup ini terasa musnah apabila hubungan itu tidak kesampaian.. Mimpi indah yang dibina berkecai macam kaca yang terhempas ke lantai. Kita melihat dunia ini tidak sama lagi. Tapi kesedihan dan kesengsaraan yang kita hadapi itu bukanlah penghalang untuk kita beroleh kebahagian.. Hilang satu cinta tidak bermakna kita tidak akan mendapat cinta yang lain. . Insyaallah, mungkin lebih hebat dari cinta kita yang sebelumnya.
Kepada sesiapa yang pernah putus cinta dan merasakan hidup ini sudah tiada ertinya, bangun dan bangkitlah.. ubah tanggapan korang tu. Jangan biarkan hidup kita musnah disebabkan cinta ini kerana insyAallah ada perkara yang lebih baik lagi akan berlaku kepada kita..
Aku bukan memandai bagi pendapat tau.. ni aku p mintak nasihat dari yang pakar.. huhu

Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar
yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar
dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.

~ Ayat-ayat cinta - Habiburrahman El Shirazy


No comments: