::YuK::

::YuK::

Wednesday, October 15, 2008

Cinta Jarak Jauh (CJJ)

Bila bercinta jarak jauh...dugaannya banyak. Macam2 boleh berlaku maklumlah terpisah di hemisfera yang berbeza maka persekitaran yang berbeza boleh membuatkan hati juga berubah-ubah.
Kalo boleh nak tengok hari2 depan mata. Bukanlah nak buat apa pun tapi mesti nak tengok. Agaknya dari orang macam aku nilah punca peribahasa yg mengatakan, tak nampak tuan punya badan...nampak bumbung rumah pun cukuplah! Haha...btol x..?
Rindu, ya perasaan ini memang sukar ditepis. Bercakaplah di telefon berjam lamanya tapi bila phone diletakkan, rasa rindu datang semula! Huh! Tak percaya? Kalau tak betul cuba tengok bil orang yang bercinta... huhu.... boleh beli barang hantaran dah jumlahnya!
Sunyi... ni lagi satu perasaan yang sungguh tak sekolah. Si dia jauh tapi macam terdengar suara dia, gelak tawa dia dan usikan dong dong dia. Dan bila lama tak jumpa, mulalah rasa sensitif datang menyerang. Mulalah soalan pelik akan keluar, " Tak rindu saya ke?" Jawapan yg diberikan akan menjadi pengubat hati, " Ye...rinduuuuuuuuuuuu." hahaha...
Itu semua rencah dunia bercinta dan berkasih sayang. Ayat-ayat cinta yang ajaib dan unik semuanya boleh dituturkan. Sejauhmana keikhlasan dan kebenarannya susah untuk diteka. Kerana itulah segala-galanya berteraskan kepercayaan.Dan aku..?? Susah untuk mempercayai cinta..Adakah cinta sejati itu wujud..Kalo la skang ni ada lelaki yang datang kepada aku menyatakan rasa cinta dan ingin menjadikan aku teman hidupnya..dan aku tahu lelaki itu dapat aku jadikan sandaran hidup..Jawapan aku..YES.. I DO..

1 comment:

Kutu Pintar said...

percintaan melibatkan kos.Semakin jauh percintaan maka semakin tinggi kosnya.
untuk menampung kos tersebut :
"murah, selamat & lumayan. mana tau rezeki kita ada disitu : kutupintartrg.blogspot.com"