::YuK::

::YuK::

Thursday, October 30, 2008

Last Movie I Saw : Max Payne


The last movie I saw is Max Payne.. sbnar nye memang dah lame aku nak tengok citer nih.. tapi takde kesempatan.. sehinggalah pada suatu hari yang amat tensen bagi aku.. so aku telah membuat keputusan drastik.. kuar ptg tu gak.. aku pon g la tgk ngan rumate aku.. ok la..berbaloi la citer ni bg aku.. best.. citer ni dah lame aku tunggu.. sbab citer ni based on gameplay yang glemer tuh.. pelakon die Mark Wahlberg.. tapi aku suke watak Mona Sax coz watak die memang cool je sbg pembunuh upahan.. pas tengok movie dah kurang la tensen aku ckit..

Friday, October 24, 2008

SpEciaL PosTinG

I dedicated this posting to a special couple of this sem..SHISHI (bukan name sebenar) and SHIMI (pon name tipu)..

hah..Shimi..ko ngah denga instruction ke ko dok pandang shishi tuh.. tak bekelip aku tgk.. ada sesuatu di dalam diriku..

suke aku tgk diorg nih.. sweet jer.. comey kalo diorg bedue nih.. bile la korang nak kapel erk.. gamba ni tak disengajekan sebenar nye.. romantik..saling memandang..

ngah discuss ape agak nye.. "bile kite nak kapel nih..penat dah tunggu".. "alaa.. kite knal hati budi dulu yerk.."...

Thursday, October 23, 2008

Mock Meeting @ Sesi Fotografi??

Sambil tunggu turn tuh..sempat lagik posing..ni la grup aku... tapi cian chairperson lak yang kena snap gamba kitorg.. huhu

aikk..?? mane leader korang nih..sape yang takde kat situ yek..dia la yang jadik mangse untuk snap gamba anak2 buah.. sape lagik kalo bukan aku..

yaa.. itu die..secretary sedang betolkan tudung nye.. haa.. ni mesti ko nak seduce MR Chairperson ni tehah.. kantoii.. err..tehah, kalo secretary tuh kena wat gedik2 ckit tau..

haa.. ni time dok prepare untuk meeting la nih.. kat KMC.. ngah dok reka skrip masing2.. haiii.. meeting pon bley gelak2 yerk.. serius la...

ni dia.. satu section kitorg begamba bersame lecturer English @ CEO company grup aku.. hahaha.. yg duduk kat tgh2 tu yg baju putih ialah MR Shafeirul Zaman.. kak fara, jgn lupe angkat balik monitor tuh..

Wednesday, October 22, 2008

HanG OuT

di suatu hari.. kami kuar berlima untuk berpoya-poya.. hahah.. ade yang nak wat facial.. ade yang nak setting rambut.. huhu.. event berpoya-poya ini bermula pada pukul 11 pagi..(delayed ckit).. dan berakhir lebih kurang 10.30 mlm.. tempat2 yang dilawati adalah Kuantan Parade, East Cost Mall n Berjaya Megamall.. tak lupe juga Petronas..(tuang minyak)..heheh..rancang2 nak g TC tapi oleh kerana ujan yang turun bagaikan mutiara kami batalkan je hasrat tersebut..

bile dah dapat eskrem Baskin Robbins aku memang dah tak ingat sape2 dah.. besh nyer.. kalo makan 1 cup je mane nak cukup..


shida @ mama termenung mengingatkan papa yang berada jauh di mata tapi dekat di hati.. kalo dah jodoh tak ke mane la mama.. papa n mama-strong love..hehe..jgn mara

posing maut dari ecah n shak..haha..senyum..

nak tumpang gak.. hahaha.. muke aku sekali nak nyebok..jgn mara eh vea..

Monday, October 20, 2008

L.O.V.E is C.I.N.T.A

ermm.. ni plak aku nak bercakap soal cinta, kasih sayang dan seangkatan dengannya.. Aku rasa inilah salah satunya perkara yang paling akrab dengan diri kita dan insan-insan yang berada di sekeliling kita. Dan aku yakin, terlalu banyak sudah yang diperkatakan tentang subjek yang satu ini..
Kata orang, lebih baik kita pernah mencintai dan dilukai daripada tidak pernah merasa cinta langsung.. Dan sesetengah berpendapat pula, kalaulah dia tahu betapa luluhnya hati kerana putus cinta, adalah lebih baik dia tidak menyerahkan hatinya kepada sesiapa..
Bila kita serahkan hati pada seseorang, bermakna kita telah memberi seluruh harapan dan kepercayaan kepadanya.. Kita tidak lagi berfikir tentang diri 'aku' tetapi 'kami'..Dan sudah pasti hidup ini terasa musnah apabila hubungan itu tidak kesampaian.. Mimpi indah yang dibina berkecai macam kaca yang terhempas ke lantai. Kita melihat dunia ini tidak sama lagi. Tapi kesedihan dan kesengsaraan yang kita hadapi itu bukanlah penghalang untuk kita beroleh kebahagian.. Hilang satu cinta tidak bermakna kita tidak akan mendapat cinta yang lain. . Insyaallah, mungkin lebih hebat dari cinta kita yang sebelumnya.
Kepada sesiapa yang pernah putus cinta dan merasakan hidup ini sudah tiada ertinya, bangun dan bangkitlah.. ubah tanggapan korang tu. Jangan biarkan hidup kita musnah disebabkan cinta ini kerana insyAallah ada perkara yang lebih baik lagi akan berlaku kepada kita..
Aku bukan memandai bagi pendapat tau.. ni aku p mintak nasihat dari yang pakar.. huhu

Kepadamu kukirimkan salam terindah,
salam sejahtera para penghuni syurga,
salam yang harumnya melebihi kesturi,
sejuknya melebihi embun pagi,
salam hangat sehangat sinar mentari waktu dhuha,
salam suci sesuci air telaga Kautsar
yang jika direguk akan menghilangkan dahaga selama-lamanya,
salam penghormatan, kasih dan cinta yang tiada pernah pudar
dan berubah dalam segala musim dan peristiwa.

~ Ayat-ayat cinta - Habiburrahman El Shirazy


8 Perkara Tentang Diri Aku

1. Mood tak pernah stabil. entahlah benda ni rasanya sejak azali lagi aku macam ni. ada masanya aku peramah macam nak rak...ada masanya aku diam, sediamnya. so geng..bila aku menyepi tu faham-fahamlah yerk...
2. kuat berangan. dulu masa kecik2 aku selalu bayangkan kalau aku duduk di angkasa mcm mana space ship aku, macam mana aku nak perang lawan musuh.hiihih bila tengok a girl from tomorrow teringin nak jadi Alana. bila tgk kartun toriton, aku teringin hidup dalam laut lak. berangan jadi ariel pun selalu gak..ahaks...bila tgk voltron, aku teringin jadi macam depa. bila tgk wolverine, aku teringin jadi makwe dia..hahaha sekarang ni kalau berangan pun mengenangkan hero n heroin novel yang selalu aku bace...hahaha..
3. Aku cepat naik darah. panas baran la kire nye.. kalo tak kena gaya aku boleh mengamuk. . kalau aku tgh marah jangan cuba becakap dengan aku.. kang tak pasal2 kuar ayat2 power.. bukan ayat2 cinta eh.. kena bagi aku cool down dulu.. kalau aku bercakap tu maknanya aku tak berapa marah.. tapi kalau dah diam tu...hihihi AWAS!!! tapi aku cepat sejuk.. besar macam mana pun salah orang pada aku, bila dia minta maaf aku boleh maafkan.. kalau tak aku jadi pendendam. hmmm....buruk2 betul perangai aku ni.
4. Pendengar yang baik... dulu kawan2 yang bermasalah selalu jumpa aku minta nasihat. hahaha..yang kelakar tu selalu minta nasihat bila gaduh ngan pakwe sedangkan aku bercinta pun tak pernah.
5. cakap direct - setengah kata mulut laser tapi bagi aku lebih baik berterus terang daripada makan dalam... tapi aku direct pun ikut keadaan juga.. tak adalah sampai ke tahap mulut celopar.. ye ke..
6. Aku sanggup berhabis duit dengan benda yang aku suka espcially novel ngan komik.. hahaha nak buat camne.. aku memang tak suka shopping mekap... lagi pon bile pakai mekap aku rase cam chewing gum melekat kat muka.. tapi kadang2 tu ade gak la aku try... perempuan normal ke aku ni??
7. Aku ni kuat makan.. hahaha.. kalo kat kfc tuh aku bley abiskan dinner plate, zinger burger n cheezy wedges.. tu pon tak cukup..huhu
8. Aku sensitif orangnya.. di balik perawakan yang serius n garang aku ni penyedih sket.. kalau kena gaya sedih aku senang menangis tapi dalam family air mata aku yg paling liat nak keluar..
pelik nih..

Sayang Sayang Sayang

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta,dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telah pun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.
Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Cantik Pada Mata Yang Memandang..

Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.
Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.
Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di tempat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.
Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak.
Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.
Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda.
Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.
Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati.
Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN.
Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.
Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

5 PerKarA PeLiK Aku


1. Aku suka dengar lagu kuat2. kalau dalam bilik aku terpaksa letak kain bawah pintu tak nak kasi keluarga dengar.. dengar pelan2 tak ada thrill...tak best...tak puas...tapi aku asyik kena marah jer...." ko pekak ke?" soalan lazim aku terima.

2. Aku suka wolverine ( karekter dlm x.men). Aku rasa dia ada persamaan dengan aku. nampak garang dan pemarah tapi sebnrnya baik hati dan penyayang dan setia. hhiihhi...

3. Kalau tengok tv. aku mesti kena pegang remote. dan kalau iklan, mesti tangan gatal petik setiap channel walaupun tahu citer apa.

4. Aku rabun jauh. tapi tetap degil nak pakai spek. alasan, aku tak mahu mata jadi kecik...lagi satu kalau nak dikira sejak zaman di skolah hingga sekarang dah banyak spek aku. semuanya patah. kadang2 sampai kena salotape. kalo aku buat lain pon aku tahu akan patah jugak...aku kan species wolverine...hihihi ganas....

5.
Kalau naik bas aku suka lelapkan mata walaupun tak ngantuk. kdg2 perjalanan baru bermula, kdg2 tak sempat keluar dari stesen aku dah pejam.. antara sebab, aku tak suka berbual langsung dalam bas..kalo ade gak orang yang gatai2 tego aku, tak pasai2 kena ayat power aku...

ToMoRrow CaN be TOO LatE


If you're mad with someone, and nobody's thereto fix the situation... You fix it.

Maybe today, that person still wants to be your friend . And if u don't,tomorrow can be too late.

If you're in love with somebody , but that person doesn't know... tell her/him.
Maybe today,that person is also in love with you .
And if you don't say it, tomorrow can be too late.
If you still love a person that you think has forgotten you... tell her/him.
Maybe that person have always loved you. And if you don't tell her/him today ,tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend... ask her/him for it.
Maybe they need it more than you do. And if you don't ask for it today, tomorrow can be too late.

If you really have friends who you appreciate... tell them.
Maybe they appreciate you as well.That if you don't and they leave or go far awaytoday , tomorrow can be too late.

If you love your parents, and never had the chance to show them... do it.
Maybe you have them there to show them how you feel.That if you don't and they leave today , then tomorrow can be too late.

Jangan Bilang Tidak..

Ku pernah punya cinta namun
kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu
Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta namun
kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi
Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar pipipun semu
Namun aku mohon jangan bilang tidak

p/s- aku dah banyak kali dengar lagu ini hinggalah tadik dan aku terjatuh hati dengan lagu ini. paling suka dengan ayat ' jangan bilang tidak jika kita belum mencoba'. iya...jangan sesekali kita berputus asa sekiranya kita menginginkan sesuatu. jangan biarkan perkara yang remeh menjadi halangan sedangkan masih ada jalan untuk kita berusaha dan mencoba...

ape nak jadik ngan aku ni...

warrggghh..what happened to me.. aku takde mood nak study.. malam esok ade test.. microP lak tuh.. camne nih..someone please wake me up.. adooiii.. tgk notes pon dah takde mood.. camne la aku nak jawab soklan esok.. org lain dok study giler2 aku lak dok posting kat blog nih.. huhu.. pelik2.. ape aku nak wat erk supaya aku insaf ckit.. kena carik seorg yang garang nih untuk motivate aku.. tu pon kalo aku denga die ckp.. kan ke aku ni keras kepale.. NURUL.. P STUDY LA..!!! huh

Friday, October 17, 2008

Jatuh...

ermm..tetibe je arini aku teringat balik lagu ni..dah lame dah tak denga..time2 bad mood camni layan lagu jiwang2 jer..LaGu Adam - Jatuh..

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku
Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

ermm..


cincin idamanku..heheh..PRINCESS CUT-DIAMOND


sbnar nye aku takde idea nak update blog nih..heheh..tapi ade la something yang aku nak tulis..

If you love someone
let them go
If they return to you
It was meant to be
If they don't
their love was never yours to begin with........

Thursday, October 16, 2008

Aku..??

Starting time: 9.33 pm
Name : Siti Nurulhajar binti Mat Yusof
Sisters : sorang kakak (dah kawen) n sorang adik
Brothers : 2 orang abang
Shoe size : 7 @ 8
Height : 161 cm
Where do you live : Kuala Terengganu
Have you ever been on a plane : Pernah
Swam in the ocean : of coz
Fallen asleep at school or college: Selalu especially time klaz machine..ngantok..
Broken someone’s heart : Selalu ! Masa sekolah & di kampus
Fell off your chair : pernahlah jugak

Sat by the phone all night waiting for someone to call : Zaman rumaja biasa la
Saved e-mails : memang jarang delete emel
What is your room like : Ada buku dan buku dan majalah dan novel dan komik

What’s right beside you: laptop dan pooh
What is the last thing you ate :burger
Ever had...Chicken pox : Hah pernahmase skolah dulu2
Sore throat : Selalu
Broken nose : tak pernah dan tak mahu
Do you believe in love at first sight : amat amat amat percaya
Like picnics : suka..tapi masalah sunburn la

Who was/were...The last person you danced with : Amar Rahimi (anak buah)
Last made you smile : ntah..sbab malam ni tensen..but i always smile

You last yelled at : juz now..i yelled at someone on da phone..
Today did you...Talk to someone you like : memang suka bercakap pun dgn sesiapa

Kissed anyone : of coz la..anak buah..aisya, amar n sarah
Get sick : skang ni pon demam..sblom raye lagik dah demam
Talk to an ex : ade ke..? heheh..biarlah rahsia
Miss someone : ermm..Arwah kak long dan Arwah abg chik
Who do you really hate: tak pernah nak ingat pun..dah benci wat pe kite ingat

Do you like your hand-writing : sukaaaa! ok la
Are your toe nails painted : Apa ke jadahnya.. takde keje btol
Whose bed other than yours would you rather sleep in : katil di four season reasort jimbaran bali.. yg semalam RM10K ..rasa tak mahu turun dari katil..

What color shirt are you wearing now : Light Green

Are you a friendly person : Rasanyalah
Do you have any pets : hamster...arnab..

Do you sleep with the TV on : kadang2..
What are you doing right now : Nak siapkan assignment sebenarnya, duedate esok..

Can you handle the truth : InsyaALLAH
Are you closer to your mother or father : father
Do you eat healthy : tak kot..sayur pon tak makan


Do you still have pictures of you & your ex : ex je ke..? Y? Z?
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to : Alone..or my rumate..seah

Are you loud or quiet most of the time : Loud
Are you confident : Memang selamba aje

5 things I was doing 10 years ago
1) bdak skolah yang mmg besh..SMKSS
2) student dip letrik kat ump
3) jadik pengawas skolah..layak ke..
4) broke someone's heart
5) editor majalah skolah


5 things I would do if I were a billionaire
1) buat haji ngan family
2) kawen..hahaha..kalo ade orang nak
3) beli kete..
4) beli benda yang tak dapat lagik..
5) nak wat banglo sebijik..


5 of my bad habits
1) kuat tidur
2) maen redah jer
3) suke carik gaduh
4) cepat hangin..panas baran gak aku ni
5) suke kutuk orang

5 places I've lived/living
1) Kuala Terengganu
2) Kuantan
3) Pekan
4) Skudai
5) PJ

Wednesday, October 15, 2008

Cinta Jarak Jauh (CJJ)

Bila bercinta jarak jauh...dugaannya banyak. Macam2 boleh berlaku maklumlah terpisah di hemisfera yang berbeza maka persekitaran yang berbeza boleh membuatkan hati juga berubah-ubah.
Kalo boleh nak tengok hari2 depan mata. Bukanlah nak buat apa pun tapi mesti nak tengok. Agaknya dari orang macam aku nilah punca peribahasa yg mengatakan, tak nampak tuan punya badan...nampak bumbung rumah pun cukuplah! Haha...btol x..?
Rindu, ya perasaan ini memang sukar ditepis. Bercakaplah di telefon berjam lamanya tapi bila phone diletakkan, rasa rindu datang semula! Huh! Tak percaya? Kalau tak betul cuba tengok bil orang yang bercinta... huhu.... boleh beli barang hantaran dah jumlahnya!
Sunyi... ni lagi satu perasaan yang sungguh tak sekolah. Si dia jauh tapi macam terdengar suara dia, gelak tawa dia dan usikan dong dong dia. Dan bila lama tak jumpa, mulalah rasa sensitif datang menyerang. Mulalah soalan pelik akan keluar, " Tak rindu saya ke?" Jawapan yg diberikan akan menjadi pengubat hati, " Ye...rinduuuuuuuuuuuu." hahaha...
Itu semua rencah dunia bercinta dan berkasih sayang. Ayat-ayat cinta yang ajaib dan unik semuanya boleh dituturkan. Sejauhmana keikhlasan dan kebenarannya susah untuk diteka. Kerana itulah segala-galanya berteraskan kepercayaan.Dan aku..?? Susah untuk mempercayai cinta..Adakah cinta sejati itu wujud..Kalo la skang ni ada lelaki yang datang kepada aku menyatakan rasa cinta dan ingin menjadikan aku teman hidupnya..dan aku tahu lelaki itu dapat aku jadikan sandaran hidup..Jawapan aku..YES.. I DO..

CERITA HATI

Love: to exist it doesn't have to be returned. Emm... bunyinya kejamkan tapi itulah hakikatnya. Cinta boleh hanya bertepuk sebelah tangan saja. Dan walau sekuat mana tepukan anda, sesungguhnya ia tetap tak bermakna. Huhu... again kejamnya!

Jika orang lain yang berada dalam situasi ini, kita akan mengatakan... lupakan saja. Melangkah ke hadapan tentunya lebih mudah dari asyik mengundur ke belakang. Tapi, bila terkena diri sendiri? Susah juga.

Aku selalu berfikir yang setiap cerita ada 2 pihak sebenarnya. Dan cara kita melihat sesuatu perkara itu tentulah berbeza. Yg dah berkahwin ada mengatakan, tak yahlah kahwin...susah, leceh sbb jadi x bebas. Yg x berkahwin akan mengatakan, bosannya balik rumah sunyi. Bagi yg dah berkahwin... sunyi tu seronok sbb dah biasa dgn hiruk pikuk anak2, itu belum lagi bebelan mak mertua! Haha... It shows that life is full of surprises.

MENGUKIR BAHAGIA

Kalau bahagia seorang suami bukan pada isterinya, di manakah letaknya bahagia itu? Peliknya cinta, walau dilukai berkali-kali hati masih mampu menyayangi. Jika hati mampu dilihat parut kelukaan itu pasti mencacatkan namun, cinta di hati hanya akan berakhir bila nyawa diangkat ke langit.

Aku manusia biasa yang mencari kesempurnaan cinta. Adakalanya kuat melawan arus, ada masanya tersasar diterbangkan angin. Antara warna hitam dan putih dalam kehidupan, selalu berusaha mencari pelangi!Renyai di hati, ombaknya kuat berkocak. Taufan di jiwa, semangat terus bergelora!

tagging time...

3 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH
1. mengelamun masa cikgu mengajar
2. baca komik GILA-GILA dalam lab HAHAHAAAAA (sehingga kini ku masih ingat bertapa lucunya jenaka dlm majalah tu...)
3. suka cari sebab untuk keluar dari kelas ...pi praktis kawad laa, orang nak jumpa laa...mcm mcm hal...hehehe

3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA??
1. Technical Drawing sebab aku suka teknikal ni
2. English sebab suka buat ayat yang lintang pukang
3. Math sebab aku suka beat musuh ketat aku..berg

3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
1. Physics - sampai la ni tak berapa faham daaa...
2. Chemistry - sama la tu...tak reti reti walaupun 10 kali cikgu! explain
3. Bm - memang tak minat especially sastera

MENARIK PADA KAMU...?
Apabila seseorang itu memberikan daku senyumannya...fulamak ceria terus dunia ni!!!

KAMU PALING SUKA...?
kenakan orang... kutuk2 org tapi takde la melampau

ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...
Udara untuk bernafas, cahaya matahari dan sinaran bulan hehehe..jgn mare ..
betul apa...???!!!

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA INGATI...
DIA YANG MAHA KUASA - YANG menjadikan, menghidupkan dan mematikan daku...

test ELECTRICAL MACHINE yang memang sengal

wargghhh..tensen nye aku arini..test electrical machine ptg tadik cam sengal jer...tak tau la aku yang sengal ke soklan..tapi rase2 cam dah study...soklan first pon xleh jawab..soklan len tu ok la..tapi aku cukup tensen ngan paper mr zahim ni..bagi la soklan senang ckit...bley la scor..heheh..disebabkan aku tensen ngan test ni..aku pon kuar la lepak sambil makan2 sepuas ati..lagik betambah la berat aku pasni..huhu..yang penting kite hepi..