::YuK::

::YuK::

Monday, August 18, 2008

Menjaga Hati

Bila kita rasa kita ni tak kuat...kita sebenarnya ada kekuatan untuk mengharungi ujian yang datang. Selalu ada anggapan... hujan turun mesti berhenti. Banjir pun pasti surut. Itu jawapan default yg sering digunakan utk memujuk hati sendiri. Banyak nasihat yang diterima... aku mendengar sahaja, tidak bermaksud aku menerima kerana ada masanya... aku seakan sudah tepu. Benarkah cinta menyebabkan manusia jadi buta dan tuli? Jadi sukar mahu menerima kenyataan dan selalu hanyut dalam ilusi. Aku tidak pernah percaya sehinggalah aku sendiri yang mengalaminya. Believe me...it's sucks! Especially when you can't have what you want. Dalam novel, semua pun serba indah kerana penulis menulis mengikut acuan rasa hati dan mimpi sendiri. Realiti? Tidak begitu. It's hurt and somehow loving him making me forgot to love myself. Dia jadi keutamaan lebih dari diri sendiri. Segala kata-kata yang disusun seboleh mungkin tidak mencederakan hatinya sedangkan diri sendiri hati sudah remuk redam... hancur jadi debu!Emmm.... bagaimana aku yang waras boleh jadi hilang segala logik? Kenapa terlalu mengikut rasa? Maka akhirnya aku membuat keputusan.... Kembali menjaga hati sendiri! Yang lain-lain.... biarlah masa yang menentukan, kerana saya percaya... ALLAH lebih mengetahui! ALLAH lebih menyayangi.

Manusia biasa yang mencari kesempurnaan cinta.
Adakalanya kuat melawan arus,
ada masanya tersasar diterbangkan angin.
Antara warna hitam dan putih dalam kehidupan,
selalu berusaha mencari pelangi!
Renyai di hati, ombaknya kuat berkocak.
Taufan di jiwa, semangat terus bergelora!

No comments: